MENU

MDM Cipta Prestij Raih Anugerah Emas Di Geneva, Switzerland

--------------------------------

MAJLIS Daerah Marang (MDM) mencipta prestij tersendiri apabila penyertaan pertama pada pertandingan '48th International Exhibition of Invention Geneva' dinobatkan sebagai penerima Anugerah Emas dan tiga Anugerah Khas daripada King Abdul Aziz University, Saudi Arabia, National Council of Thailand dan Taiwan Invention Association.

Sebanyak 1,002 penyertaan daripada 46 negara termasuk China, Korea, France, Germany, Saudi Arabia dan Hong Kong menyertai pertandingan lima hari yang berakhir semalam (30 April 2023), di Geneva, Switzerland itu.

Untuk rekod, MDM menerusi kumpulan VCLEAN yang mempertaruhkan inovasi 'Adjustable Loader' merupakan satu-satunya Pihak Berkuasa Tempatan bertaraf daerah yang berjaya mewakili negara dan juga Kerajaan Negeri Terengganu.

Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan tertinggi MDM khasnya, Yang Dipertuanya, Tuan Haji Zuwislan Awang yang mengetuai delegasi ke Geneva serta pihak Setiausaha Kerajaan Terengganu yang memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi.

Syabas dan sekalung penghargaan juga kepada warga kerja MDM yang sentiasa mendoakan kejayaan pasukan yang dianggotai

Encik Arman Alias @Husin (Ketua Kumpulan), Puan Sarifah Azura A Bakar (Setiausaha Kumpulan), Encik Mohd Saffian Draman, Encik Mohd Zahari Ibrahim, Encik Mohd Ruqaim Asyrafi Sulaiman, Puan Aini Samihah Azmi dan Encik Ashraf Che Aziz atas komitmen yang luar biasa sehingga 'Adjustable Loader' menempa kejayaan di peringkat dunia.

TAHNIAH MDM!!