Objektif murninets 2.0 adalah seperti berikut:
- Menilai dan menentukan kemampanan kawasan pihak berkuasa tempatan (pbt) di seluruh negara berdasarkan satu set penunjuk terpilih;
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan di kawasan pbt berdasarkan penunjuk kemampanan tersebut;
- Mencadangkan langkah penambahbaikan dan mengenal pasti peluang untuk meningkatkan tahap kemampanan sesuatu kawasan; dan
- Memastikan murninets 2.0 sebagai alat pengukuran utama untuk pbt bagi memantau tahap kemampanan kawasan mereka dan sebagai panduan kepada pihak-pihak berkepentingan seperti pembuat dasar, agensi teknikal, pihak swasta dan awam serta pertubuhan bukan kerajaan (ngo).
Latar belakang murninets
Merupakan singkatan kepada jaringan penunjuk pembangunan mampan bandar-luar bandar malaysia (malaysian urban-rural national indicators network for sustainable development). Satu pendekatan yang dapat mengukur dan menilai kemampanan sesebuah bandar serta kawasan gabungannya melalui penggunaan penunjuk bandar.
Planmalaysia telah menjalankan kajian mengenai penunjuk kemampanan bandar bermula pada tahun 1998 dan satu set penunjuk kemampanan bandar yang pertama telah disediakan pada tahun 2002 dikenali sebagai malaysia urban indicators network (murninet).
Melibatkan 11 sektor utama yang merangkumi 56 penunjuk kemampanan bandar.
Penunjuk ini kemudiannya telah diubah seiring dengan keperluan dasar-dasar negara berdasarkan pelaksanaannya sehinggalah pada tahun 2010, penunjuk yang digunakan ketika itu telah dikurangkan kepada 40 penunjuk.
Bermula tahun 2012 hingga tahun 2016, murninets telah digunakan sebagai alat pengukur kemampanan bandar-bandar di malaysia.
Ia menjadi program utama bukan hanya di peringkat jabatan malah di peringkat kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan (kpkt) serta digunakan oleh kementerian lain yang berkaitan.
Malahan, pbt yang menyertai program ini dan mencapai status bandar mampan telah diberi penghargaan oleh yang berhormat menteri kpkt melalui anugerah bandar mampan yang mula diperkenalkan pada tahun 2007.
Latar belakang murninets 2.0
Planmalaysia telah menjalankan kajian penambahbaikkan murninets yang dikenali kini sebagai murninets 2.0 pada tahun 2017. Murninets 2.0 merangkumi 6 dimensi, 22 tema dan 43 penunjuk.
Melibatkan 27 penunjuk untuk tindakan penyediaan data oleh pusat operasi murninets pbt (pom pbt) dan 16 penunjuk adalah untuk tindakan oleh pusat operasi murninets negeri (pomn)/ planmalaysia@negeri.
Kajian penambahbaikkan murninets ini telah melibatkan ujicuba bagi enam (6) pbt iaitu majlis bandaraya shah alam (mbsa), majlis bandaraya melaka bersejarah (mbmb), majlis perbandaran pasir gudang (mppg), majlis perbandaran seberang perai (mpsp), majlis daerah kuala langat (mdkl) dan majlis daerah gerik (mdg) dan lima (5) planmalaysia@negeri.
Sebanyak empat (4) siri bengkel dan tiga (3) mesyuarat dan perbincangan bersama pbt, planmalaysia@negeri dan agensi-agensi pembekal data telah diadakan bagi membincangkan secara terperinci mengenai dapatan data dan keperluan setiap penunjuk yang akan digunapakai.
Kajian penambahbaikkan ini juga selaras dengan perubahan dasar-dasar utama negara (rmke-11, rfn ke-3 dan dpn2) ketika ini dan penggunaan pelbagai penunjuk kemampanan bandar di peringkat antarabangsa maka wujudnya keperluan untuk menjalankan kajian penambahbaikan dan pengukuhan murninets agar ia kekal relevan untuk digunakan.
Penambahbaikan Murninets
Berdasarkan kepada mesyuarat penambahbaikan murninets 2.0 pada 26 november 2018 yang dipengerusikan oleh timbalan ketua pengarah (pembangunan), planmalaysia, beberapa perubahan terhadap penunjuk bandar telah diperkemaskan semula selaras dengan dasar sedia ada di peringkat nasional. Penambahbaikan adalah seperti berikut iaitu:
- Menambahbaik sasaran, piawaian, skor dan formula bagi setiap penunjuk bandar untuk memperkukuhkan setiap data penunjuk yang digunakan bersesuaian dengan hierarki pbt yang melibatkan 6 dimensi, 20 tema dan 39 penunjuk;
- Perubahan daripada 43 penunjuk kepada 39 penunjuk yang melibatkan pengguguran 4 penunjuk selaras dengan dasar-dasar di peringkat nasional;
- Menambahbaik modus operandi pelaksanaan murninets dengan mengukuhkan peranan pomk dan pomn secara proaktif dalam pengumpulan data dan tindakan susulan hasil daripada pencapaian kemampanan bandar;
- Menambahbaik soal selidik indeks kebahagiaan dan tahap kepuasan penduduk terhadap perkhidmatan pbt supaya ianya relevan dengan keadaan semasa; dan
- Mengukuhkan kaedah dapatan data secara proaktif (pemudahcara) dengan agensi pembekal melalui pomn yang melibatkan 13 penunjuk dan 26 penunjuk yang melibatkan data daripada pbt.
MURNINET ( Malaysian Urban Indicators Network) adalah satu aplikasi untuk mewujudkan pengkalan data dalam bentuk digital yang dapat mengukur Kemampanan Bandar yang akan memberi gambaran pencapaian kualiti rupa bentuk fizikal bagi sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan secara berterusan.
MURNInet adalah singkatan kepada Malaysian Urban Indicator Network atau Jaringan Petunjuk Bandar Malaysia . Gerbang MURNInet disediakan untuk menyokong pelaksanaan Program Petunjuk Bandar Mampan dalam pembentukan, perolehan, pengolahan, penganalisaan, penghasilan dan perkongsian maklumat mengenai petunjuk bandar.
Gerbang MURNInet merupakan satu kemudahan infostruktur yang menyepadukan aplikasi, data dan prosedur bertujuan untuk membantu dalam perancangan pembangunan bandar mampan di Malaysia . Ianya menyediakan maklumat dan kemudahan atau aplikasi yang berupaya untuk menganalisis keadaan semasa, menyediakan tren yang berguna untuk memantau perubahan yang berlaku secara temporal dan memberi gambaran senario-senario pembangunan bandar-bandar Malaysia dan pencapaian tahap kemampanannya.
Gerbang ini menyediakan pelbagai modul secara bersepadu untuk membantu pelbagai pihak terutamanya PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dalam membuat pengumpulan data, pengukuran, penganalisaan dan pengujian serta membuat keputusan di peringkat perancangan Bandar.
Sebelas sektor perancangan akan diukur iaitu:
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Halaman 1 2