Majlis Daerah Marang telah mewujudkan beberapa kawasan rekreasi yang berpotensi dan menarik untuk tujuan riadah, bersukan dan berekreasi dengan menyediakan pelbagai kemudahan yang lengkap dan tersusun taman awam, laluan siar kaki,alatan permainan, tandas awam, tempat letak kereta, surau, pencahayaan, dan lain-lain. Dengan adanya kawasan-kawasan rekreasi sebegini, masyarakat dapat melahirkan generasi yang sihat, bijak dan mencintai alam sekitar disamping menjaganya. Antara lokasi tempat rekrasi di kawasan daerah Marang adalah :
Taman Rekreasi Keluarga Pulau Kekabu
- 1.5km dari Bandar Marang
Taman Awam Bandar Marang
- 700m dari Bandar Marang
Melawati Linear Park
- -700m dari Bandar Marang
- Bersebelahan dengan Sek.Men Agama Marang
Taman Awam Pantai Peranginan Kelulut
- 5km dari Bandar Marang
- Tepi pantai Kelulut
Taman awam Pulau Kerengga
- 8km dari Bandar marang
Taman Mini Rekreasi Bukit Payung
- 10km dari Bandar Kuala Terengganu
- 15km dari Bandar Marang