Bahasa Malaysia |  English Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 

Perutusan YDP

 Ibrahim B. Mohamad (YDP MD Marang)

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Bahagia

      Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat datang ke halaman Web Majlis Daerah Marang. Saya berharap halaman Web ini akan dapat membantu semua pelanggan-pelanggan Majlis Daerah Marang.

      Bersesuaian dengan saranan pihak MAMPU serta penekanan kerajaan terhadap, kepentingan dan kepesatan teknologi maklumat ( ICT ) , MDMarang tidak mahu ketinggalan dalam mempermudahkan penyebaran maklumat-maklumat organisasi kepada pelanggan.Kami juga berharap agar data maklumat yang diberi dapat membantu anda mengetahui mangenai perkhidmatan yang boleh diperolehi dari Majlis Daerah Marang.

      Kepada pelabur-pelabur dan orang ramai, halaman Web kami bukan sahaja memberi garispanduan bagaimana hendak berurusan dengan Majlis Daerah Marang, tetapi juga turut membantu membekalkan maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan. Akhir sekali saya mengalu-alukan anda semua melawat ke halaman Web Majlis Daerah Marang. Sila hubungi jabatan kami jika memerlukan apa-apa bantuan.

Wasalam dan Salam Bahagia

Sekian, Terima Kasih

Ibrahim Bin Mohamad
Yang DiPertua
Majlis Daerah Marang

 
 
 
Hakcipta Terpelihara 2010 © Majlis Daerah Marang
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768
MDM FacebookRSS Feed