Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Datang ke Portal Web MDM. Ribuan terima kasih juga kepada pengunjung-pengunjung Portal MDM, kami di MDM sentiasa menerokai dan mencari idea-idea dan kaedah-kaedah baru untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan terbaik kepada seluruh komuniti di Marang.
Pengunjung-pengunjung Portal MDM akan disajikan dengan paparan terkini mengenai perkhidmatan yang disediakan dan juga maklumat mengenai organisasi MDM. Kami di MDM sentiasa mengalu-alukan sebarang pendapat atau cadangan dari pengunjung Portal ini bagi kami menjayakan visi organisasi dan merealisasikan pembangunan ICT dalam membentuk sebuah PBT yang mampu memberi kepuasan dan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pihak khususnya komuniti di Marang.
Bersesuaian dengan matlamat MDM untuk menyebarkan maklumat mengenai organisasinya, ingin saya war-warkan mengenai e-Perkhidmatan yang disediakan didalam laman web ini yang bertujuan untuk memudahkan semua pelanggan terutamanya di dalam memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, tepat dan berkesan.
Selain itu, e-Perkhidmatan ini juga menyediakan kemudahan muat turun (download) semua borang yang berkenaan dengan perkhidmatan bagi melicinkan urusan pentadbiran dan selaras dengan usaha kerajaan bagi mengurangkan karenah birokrasi di agensi kerajaan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Portal ini secara berterusan. Terima kasih juga ditujukan kepada pengunjung-pengunjung yang sentiasa memberikan idea-idea bernas yang menjadi panduan untuk kami memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan ke tahap yang lebih cemerlang sepertimana yang dihasratkan oleh kerajaan.
Sekian, Terima Kasih.
Lizan Bin Che Mat Setiausaha, Majlis Daerah Marang