Pengenalan

Image

Objektif

  • Menilai dan menentukan kemampanan kawasan pihak berkuasa tempatan (pbt) di seluruh negara berdasarkan satu set penunjuk terpilih;

  • Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan di kawasan pbt berdasarkan penunjuk kemampanan tersebut;

  • Mencadangkan langkah penambahbaikan dan mengenal pasti peluang untuk meningkatkan tahap kemampanan sesuatu kawasan; dan

  • Memastikan murninets 2.0 sebagai alat pengukuran utama untuk pbt bagi memantau tahap kemampanan kawasan mereka dan sebagai panduan kepada pihak-pihak berkepentingan seperti pembuat dasar, agensi teknikal, pihak swasta dan awam serta pertubuhan bukan kerajaan (ngo).

Latar belakang Murninets

Merupakan singkatan kepada jaringan penunjuk pembangunan mampan bandar-luar bandar malaysia (malaysian urban-rural national indicators network for sustainable development). Satu pendekatan yang dapat mengukur dan menilai kemampanan sesebuah bandar serta kawasan gabungannya melalui penggunaan penunjuk bandar.

Planmalaysia telah menjalankan kajian mengenai penunjuk kemampanan bandar bermula pada tahun 1998 dan satu set penunjuk kemampanan bandar yang pertama telah disediakan pada tahun 2002 dikenali sebagai malaysia urban indicators network (murninet).

Melibatkan 11 sektor utama yang merangkumi 56 penunjuk kemampanan bandar.

Penunjuk ini kemudiannya telah diubah seiring dengan keperluan dasar-dasar negara berdasarkan pelaksanaannya sehinggalah pada tahun 2010, penunjuk yang digunakan ketika itu telah dikurangkan kepada 40 penunjuk.

Bermula tahun 2012 hingga tahun 2016, murninets telah digunakan sebagai alat pengukur kemampanan bandar-bandar di malaysia.

Ia menjadi program utama bukan hanya di peringkat jabatan malah di peringkat kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan (kpkt) serta digunakan oleh kementerian lain yang berkaitan.

Malahan, pbt yang menyertai program ini dan mencapai status bandar mampan telah diberi penghargaan oleh yang berhormat menteri kpkt melalui anugerah bandar mampan yang mula diperkenalkan pada tahun 2007.

Latar belakang Murninets 2.0

Planmalaysia telah menjalankan kajian penambahbaikkan murninets yang dikenali kini sebagai murninets 2.0 pada tahun 2017. Murninets 2.0 merangkumi 6 dimensi, 22 tema dan 43 penunjuk.

Melibatkan 27 penunjuk untuk tindakan penyediaan data oleh pusat operasi murninets pbt (pom pbt) dan 16 penunjuk adalah untuk tindakan oleh pusat operasi murninets negeri (pomn)/ planmalaysia@negeri.

Kajian penambahbaikkan murninets ini telah melibatkan ujicuba bagi enam (6) pbt iaitu majlis bandaraya shah alam (mbsa), majlis bandaraya melaka bersejarah (mbmb), majlis perbandaran pasir gudang (mppg), majlis perbandaran seberang perai (mpsp), majlis daerah kuala langat (mdkl) dan majlis daerah gerik (mdg) dan lima (5) planmalaysia@negeri.

Sebanyak empat (4) siri bengkel dan tiga (3) mesyuarat dan perbincangan bersama pbt, planmalaysia@negeri dan agensi-agensi pembekal data telah diadakan bagi membincangkan secara terperinci mengenai dapatan data dan keperluan setiap penunjuk yang akan digunapakai.

Kajian penambahbaikkan ini juga selaras dengan perubahan dasar-dasar utama negara (rmke-11, rfn ke-3 dan dpn2) ketika ini dan penggunaan pelbagai penunjuk kemampanan bandar di peringkat antarabangsa maka wujudnya keperluan untuk menjalankan kajian penambahbaikan dan pengukuhan murninets agar ia kekal relevan untuk digunakan.

Penambahbaikan Murninets

Berdasarkan kepada mesyuarat penambahbaikan murninets 2.0 pada 26 november 2018 yang dipengerusikan oleh timbalan ketua pengarah (pembangunan), planmalaysia, beberapa perubahan terhadap penunjuk bandar telah diperkemaskan semula selaras dengan dasar sedia ada di peringkat nasional. Penambahbaikan adalah seperti berikut iaitu:

  • Menambahbaik sasaran, piawaian, skor dan formula bagi setiap penunjuk bandar untuk memperkukuhkan setiap data penunjuk yang digunakan bersesuaian dengan hierarki pbt yang melibatkan 6 dimensi, 20 tema dan 39 penunjuk;

  • Perubahan daripada 43 penunjuk kepada 39 penunjuk yang melibatkan pengguguran 4 penunjuk selaras dengan dasar-dasar di peringkat nasional;

  • Menambahbaik modus operandi pelaksanaan murninets dengan mengukuhkan peranan pomk dan pomn secara proaktif dalam pengumpulan data dan tindakan susulan hasil daripada pencapaian kemampanan bandar;

  • Menambahbaik soal selidik indeks kebahagiaan dan tahap kepuasan penduduk terhadap perkhidmatan pbt supaya ianya relevan dengan keadaan semasa; dan

  • Mengukuhkan kaedah dapatan data secara proaktif (pemudahcara) dengan agensi pembekal melalui pomn yang melibatkan 13 penunjuk dan 26 penunjuk yang melibatkan data daripada pbt.

MURNINET ( Malaysian Urban Indicators Network) adalah satu aplikasi untuk mewujudkan pengkalan data dalam bentuk digital yang dapat mengukur Kemampanan Bandar yang akan memberi gambaran pencapaian kualiti rupa bentuk fizikal bagi sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan secara berterusan.

MURNInet adalah singkatan kepada Malaysian Urban Indicator Network atau Jaringan Petunjuk Bandar Malaysia . Gerbang MURNInet disediakan untuk menyokong pelaksanaan Program Petunjuk Bandar Mampan dalam pembentukan, perolehan, pengolahan, penganalisaan, penghasilan dan perkongsian maklumat mengenai petunjuk bandar.

Gerbang MURNInet merupakan satu kemudahan infostruktur yang menyepadukan aplikasi, data dan prosedur bertujuan untuk membantu dalam perancangan pembangunan bandar mampan di Malaysia . Ianya menyediakan maklumat dan kemudahan atau aplikasi yang berupaya untuk menganalisis keadaan semasa, menyediakan tren yang berguna untuk memantau perubahan yang berlaku secara temporal dan memberi gambaran senario-senario pembangunan bandar-bandar Malaysia dan pencapaian tahap kemampanannya.

Gerbang ini menyediakan pelbagai modul secara bersepadu untuk membantu pelbagai pihak terutamanya PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dalam membuat pengumpulan data, pengukuran, penganalisaan dan pengujian serta membuat keputusan di peringkat perancangan Bandar.

Sebelas sektor perancangan akan diukur iaitu:

  • Demografi

  • Perumahan

  • Ekonomi Bandar

  • Utiliti & Infrastruktur

  • Kemudahan Masyarakat & Rekreasi

  • Alam Sekitar

  • Sosiologi & Impak Sosial

  • Guna Tanah

  • Reka Bentuk & Warisan

  • Pengangkutan & Aksessibiliti

  • Pengurusan & Kewangan

Konsep Pelaksanaan MurniNet

MURNInet adalah inovasi dalam usaha mengukur kemampuan atau prestasi sesuatu bandar. Pelaksanaannya memerlukan penglibatan dan komitmen yang tinggi di kalangan pelbagai ‘stakeholder' iaitu Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Pejabat Cawangan / zon, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu dan juga Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Daerah Marang.

Matlamat Pelaksanaan MURNInet

Menggunakan Petunjuk-Petunjuk Bandar Malaysia bagi mengukur dan menilai tahap pencapaian kualiti bandar ke arah pembangunan bandar mampan.

Objektif Pelaksanaan MURNInet
  • Menentukan tahap kemampanan setiap bandar berdasarkan Penunjuk Bandar Malaysia.

  • Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mengikut petunjuk Mencadangkan peluang-peluang penambahbaikan bagi mencapai tahap pembangunan mampan.

  • Alat pengukur bagi pelbagai peranan termasuk pentadbiran, teknikal, pembantukan objektif politik, penglibatan awam dan pemantauan awam serta pemantauan perlaksanaan pelan tindakan.

Kepentingan Pelaksanaan MURNInet
  • Pihak Berkuasa Tempatan akan mempunyai maklumat data asas petunjuk bandar Malaysia .

  • Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengenalpasti bentuk dan dapat mengukur tahap masalah dan tahap kualiti bandar serta sektor-sektor yang kurang mampan dan mencadangkan bentuk yang seimbang bagi 11 sektor perancangan yang dikaji.

  • Maklumat asas yang diperolehi dapat di simpan secara bersistematik dalam ‘Pengkalan Data' dan boleh diguna serta diperbaiki dar masa ke semasa dengan mudah.

  • Laporan Bandar (City Report) dapat dihasilkan bagi Pihak Berkuasa Tempatan. Laporan ini mengemukakan penemuan semasa dan tahap kemampanan mengikut sector serta mengemukakan cadangan-cadangan untuk mempertingkatkan kemampanan bandar secara keseluruhan.

Pelaksanaan MURNInet dapat membantu Pihak Berkuasa Negeri dalam :-
  • Menilai kemampanan bandar-bandar di Negeri Terengganu. Mengenalpasti sektor-sektor yang kurang mampan dan perlu diberi perhatian oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

  • Memberi cadangan-cadangan awal terhadap sektor yang ‘kurang mampan'.

MAJLIS DAERAH MARANG,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 9.00am - 6:00pm

Talian Am : +609 618 2366 / +609 618 2368

Faks : +609 618 2490

Jumlah Pelawat :

0001232115
  • Kemaskini Terkini : Isnin 01 April 2024.

Penafian : Majlis Daerah Marang (MDM) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari atau seumpamanya dengan resolusi 1366 x 768 ke atas.

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Marang.

Portal Rasmi Majlis Daerah Marang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

TERENGGANU PAY