Latar Belakang

Image

Majlis Daerah Marang ditubuhkan pada 1 Januari, 1981 apabila semua Pentadbiran Penguasa Tempatan disusun semula. Semasa penubuhan Majlis Daerah Marang ianya meliputi dua (2) mukim sahaja iaitu Mukim Rusila dan Mukim Pulau Kerengga. Luas kawasannya ialah 43.10km persegi yang mengandungi 13 buah kampung.

Walau bagaimanapun pada 15 Februari 1996 kawasan Majlis Daerah Marang telah diperluaskan ke keseluruhan Daerah Marang merangkumi kawasan 666.54 km persegi yang terdiri daripada 6 mukim, iaitu:

  • Rusila

  • Pulau Kerengga

  • Merchang

  • Jerong

  • Bukit Payung

  • Alor Limbat

Ini bermakna seluruh Daerah Marang merupakan Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Marang.

Majlis Daerah Marang diterajui oleh dua orang Pegawai Tadbir Negeri di bawah perkhidmatan pentadbiran dan sokongan (Pengurusan dan Profesional) yang menyandang jawatan Yang Di Pertua dan Setiausaha Majlis. Di samping itu, segala dasar-dasar dalam pentadbiran Majlis ditentukan oleh satu Lembaga yang terdiri daripada Ahli-ahli Majlis seramai 25 orang termasuk Yang Di Pertua yang dilantik mengikut Seksyen 16 Akta 171 Kerajaan Tempatan 1976.

MAJLIS DAERAH MARANG,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.

Ahad - Khamis : 9.00am - 6:00pm

Talian Am : +609 618 2366 / +609 618 2368

Faks : +609 618 2490

Jumlah Pelawat :

0001231435
  • Kemaskini Terkini : Isnin 01 April 2024.

Penafian : Majlis Daerah Marang (MDM) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome / Safari atau seumpamanya dengan resolusi 1366 x 768 ke atas.

Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Daerah Marang.

Portal Rasmi Majlis Daerah Marang

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

TERENGGANU PAY