MENU

SISTEM KUPON LETAK KERETA

 

Pengenalan
 

Unit Letak Kereta bertanggungjawab untuk melaksanakan dan mengurus tempat letak kereta di seluruh kawasan Majlis Daerah Marang.

 

Tujuan

  • Menyediakan keselesaan dan kemudahan kepada orang awam untuk meletakkan kenderaan;
  • Memastikan tempat letak kereta tersusun dan tidak menghalang lalulintas.

 

Sistem Kutipan Yang Digunakan

Majlis Daerah Marang memulakan penggunaan Sistem Letak Kereta Berkupon mulai 1 Jun 2016.

 

Kupon Letak Kereta Jam

  • Dijual dan dipamer berdasarkan kepada masa pada kadar RM0.60 sejam atau sebahagiannya.

Kupon Harian

  • Dijual dan dipamer berdasarkan kepada harian pada kadar RM4.00 / hari.

Pas Bulanan

  • Dijual dan dipamer berdasarkan kepada bulanan pada kadar RM83.00 / bulan.

Tempat Letak Kereta Bermusim

  • Setiap permohonan tempat letak kereta bermusim akan dibuat kepada Yang Dipertua.
  • Kadar yang akan dikenakan adalah sebanyak RM163.00 / petak / bulan dan tertakluk kepada syarat-syarat yang akan diberikan oleh Majlis Daerah Marang.

Sewa Petak Letak Kereta

  • Sesiapa yang menghendaki penggunaan petak letak kereta bagi tujuan persendirian, suatu permohonan hendaklah dibuat kepada Yang Dipertua dengan menyatakan tempat, bilangan petak letak kereta dan tempoh penggantungan yang diperlukan. Kadar yang dikenakan adalah RM10.00 / petak / hari bagi jangka masa penggantungan tersebut.

 

Cara Mendapatkan Kupon

Kupon letak kereta boleh didapati daripada Unit Letak Kereta atau ejen berdaftar yang dilantik oleh Majlis Daerah Marang di seluruh daerah Marang. Setiap ejen akan disediakan papantanda untuk pengenalan.

 

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi:

Unit Letak Kereta

Majlis Daerah Marang

21600 Marang

Terengganu

Tel: 09-6182366/09-6182368

Fax:09-6182490