Lawatan Tapak Penganjuran Program dan Lokasi Produk Pelancongan di Kawasan Majlis Daerah Marang

Pada hari Rabu, 7 Mei 2025, telah berlangsung satu sesi lawatan tapak penganjuran program serta lokasi-lokasi produk pelancongan di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Daerah Marang. Lawatan ini telah diketuai oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, YBrs. Encik Khairil Anuar bin Sheikh Mahmood, bersama-sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, YB Datuk Razali bin Idris.

Turut hadir dalam sesi lawatan ini ialah Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Encik Hilman bin Hajijan, pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, serta wakil-wakil dan pegawai-pegawai daripada Majlis Daerah Marang.

Sesi lawatan ini bertujuan untuk menilai potensi dan kesiapsiagaan lokasi-lokasi yang dikenal pasti sebagai destinasi program serta produk pelancongan berimpak tinggi di daerah Marang. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memastikan kesesuaian prasarana sedia ada dan mengenal pasti keperluan penambahbaikan yang dapat memperkukuh sektor pelancongan setempat, selaras dengan usaha Kerajaan Negeri Terengganu dalam mempergiatkan promosi pelancongan berteraskan kebudayaan, warisan, dan alam semula jadi.

lawatan tapak

PROGRAM KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR (PKKB)

12/10/2024 (Sabtu) - Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) - Komuniti Sihat Rakyat Sejahtera dan Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Daerah Marang yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang di Dataran Bukit Payong, Marang ,Terengganu.

 462573739 558830380161579 125164111929970046 n

PROGRAM LOCAL AGENDA 21 GOTONG-ROYONG PEMBERSIHAN DAN PENGURUSAN PERSEKITARAN PANTAI ANGIN BERBISIK BERSAMA KOMUNITI

25/8/2024 (Jumaat) - Program Local Agenda 21 Gotong-Royong Pembersihan dan Pengurusan Persekitaran Pantai Angin Berbisik bersama Komuniti di Kampung Merchang, Marang Terengganu Darul Iman. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Dipertua MDM, Haji Lukema Meri bin Salleh@Abdul Latif. Program ini juga turut dihadiri pegawai daripada KPKT, YBrs. Haji Mohd Zainal bin Mohd Noor,
Ketua Penolong Setiausaha Kanan Cawangan Pembangunan Komuniti Bandar, Bahagian Kesejahteraan Komuniti. Turut diadakan adalah pertandingan mewarna melibatkan pelajar-pelajar tadika. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua agensi dan komuniti setempat yang turut serta menjayakan program ini.
 
456663718 523676750343609 6105155413029350632 n

PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA PERINGKAT MAJLIS DAERAH MARANG

30/7/2024 (Selasa) - Program Kacau Bubur Asyura Majlis Daerah Marang 1446H/2024M dirasmikan oleh Haji Lukema Meri Bin Salleh @ Abdul Latif Yang Dipertua Majlis Daerah Marang

IMG2

MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PELANCARAN KIBAR JALUR GEMILANG

30/7/2024 (Selasa) - Majlis Perhimpunan Warga Majlis Daerah Marang. Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Majlis Daerah Marang di Perkarang Pejabat MDM

PIC5

 

MARANG DISTRICT COUNCIL,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.

Sunday - Wenesday : 8.00am - 5:00pm

Thurday : 8.00 am-3.50 pm

Public Line : +609 618 2366 / +609 618 2368

Fax : +609 618 2490

Total Visitor :

0001266266
  • Latest Update : Thursday 08 May 2025.

Disclaimer : Marang District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2025 Marang District Council.