Majlis Daerah Marang Dimeterai Kerjasama Pengurusan Tempat Letak Kereta bersama First City Parking Sdn. Bhd. dan Pelancaran Aplikasi Marang Digital

Pada hari Jumaat, 20 Jun 2025, Majlis Daerah Marang (MDM) telah mengadakan satu Sesi Kunjungan Hormat serta Majlis Menandatangani Perjanjian Pengurusan Tempat Letak Kereta bersama Syarikat First City Parking Sdn. Bhd. yang berlangsung di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur.

Delegasi MDM telah diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, YBrs. Encik Khairil Anuar bin Sheikh Mahmood, bersama Tuan Setiausaha, Encik Mohd Yusof bin Salleh, ahli-ahli majlis, serta pegawai-pegawai kanan MDM. Sesi kunjungan hormat ini merupakan usaha memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara pihak berkuasa tempatan dan penyedia perkhidmatan pengurusan parkir profesional dalam memastikan sistem pengurusan tempat letak kereta yang lebih efisien dan moden di daerah Marang.

Majlis menandatangani perjanjian rasmi ini melibatkan Majlis Daerah Marang dan Syarikat First City Parking Sdn. Bhd., di mana MDM telah diwakili oleh Yang Dipertua, Encik Khairil Anuar bin Sheikh Mahmood dan Setiausaha, Encik Mohd Yusof bin Salleh, manakala pihak First City Parking telah diwakili oleh Encik Halmi bin Jasmin, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, serta Encik Sopian Piai, Pengarah Operasi. Majlis bersejarah ini turut disaksikan oleh beberapa tetamu kenamaan, antaranya Yang Berhormat Dato’ Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YBrs. Encik Zulkifly bin Isa, Pegawai Daerah Marang, serta Encik Mohd Milzam bin Nur Anuar, Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan.

Majlis menandatangani perjanjian ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Wan Sukairi bin Wan Abdullah, yang dalam masa sama turut melancarkan aplikasi Marang Digital, sebuah platform berasaskan dalam talian yang dibangunkan untuk memudahkan pengguna membuat pembayaran tempat letak kereta secara digital di kawasan Majlis Daerah Marang.

Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah ahli-ahli Majlis MDM, ketua-ketua jabatan MDM, serta kakitangan daripada Syarikat First City Parking Sdn. Bhd.

Majlis ini menandakan satu langkah penting ke arah pendigitalan sistem pengurusan tempat letak kereta, sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam melalui inovasi teknologi dan kolaborasi strategik.

508460751 742363465141602 3416942306722965749 n

493928433 742779928433289 649230166822153987 n

505879324 742779528433329 244526314582656603 n

Majlis Pengakuan Menerima Jawatan (Angkat Sumpah) oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Marang

Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Marang

Majlis Pengakuan Menerima Jawatan (Angkat Sumpah) oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, iaitu YBrs. Tuan Haji Khairil Anuar bin Sheikh Mahmood, telah berlangsung dengan penuh istiadat dan tertib pada 5 Mei 2025, jam 11.30 pagi, bertempat di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu. Majlis ini turut disaksikan oleh YAB. Prof. Dato' Seri Ir. Dr. Hj. Samsuri bin MokhtarMenteri Besar Terengganu, yang memberikan penghormatan atas pelantikan rasmi tersebut.

Majlis ini merupakan satu detik bersejarah bagi Majlis Daerah Marang (MDM) kerana ia menandakan permulaan rasmi pelantikan Yang Dipertua baharu, yang akan menerajui kepimpinan majlis dalam usaha memperkasa pembangunan dan perkhidmatan di daerah Marang.

Sejurus sebelum majlis angkat sumpah tersebut, telah diadakan satu Majlis Menyambut Ketibaan Yang Dipertua MDM yang berlangsung dengan penuh adat dan penghormatan pada pagi yang sama, iaitu pada jam 8.15 pagi. Ketibaan YBrs. Tuan Haji Khairil Anuar bin Sheikh Mahmood disambut mesra oleh Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai MDM di perkarangan Ibu Pejabat Majlis Daerah Marang.

Majlis ini dimulakan dengan sesi pemeriksaan perbarisan kehormat di hadapan bangunan utama MDM, menandakan simbolik penghargaan dan kesediaan seluruh warga majlis menyambut kepimpinan baharu. Selepas itu, majlis diteruskan dengan sesi 'clock in' rasmi, di mana Tuan Yang Dipertua secara simboliknya memulakan tugas rasmi beliau sebagai ketua pentadbiran baharu Majlis Daerah Marang.

Majlis Angkat Sumpah MDM

amanat

Majlis Amanat Tahun Baru 2025 Yang Dipertua Majlis Daerah Marang

7/1/2025 (Selasa) - Majlis Amanat Tahun Baru 2025 Yang Dipertua Majlis Daerah Marang. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Haji Lukema Meri bin Salleh @ Abdul Latif. Selain itu, perasmian Lori Armroll dan juga Dewan Gemia Majlis Daerah Marang turut diadakan.

amanat

TAWARAN UNTUK MENYEWA PREMIS MYKIOSK DI DAERAH MARANG

 

                                                                                                                                                                                                                          MDM LOGO

                                                                                                                                                         

NOTIS PEMBERITAHUAN 

TAWARAN UNTUK MENYEWA PREMIS MYKIOSK DI DAERAH MARANG

1.      Adalah dipelawa kepada orang ramai yang berminat menyewa untuk membuat permohonan sewaan premis milik Majlis Daerah Marang, Terengganu.

2.      Nama dan kadar sewaan premis adalah seperti berikut :-

Bil.

Lokasi Mykiosk

Bil. Unit

Kadar Sewa Perunit (Sebulan)

1.

Pekan Wakaf Tapai

5

RM 200.00

2.

Taman Rekreasi Pulau Kekabu

6

RM 200.00

3.

Kompleks Telaga Mengkudu

  3

RM 200.00

4.

Pekan Bukit Payong

  12

RM 200.00

5.

Bandar Marang

  2

RM 200.00

6.

Kelulut

  2

RM 200.00

 

3.      Permohonan hendaklah dibuat  dengan menggunakan borang PK-BPPH-04-R2-PIN.1 yang boleh diperolehi di Kaunter Sewaan, Majlis Daerah Marang dengan bayaran RM2.00 dan borang tersebut hendaklah dihantar kepada :-

Kaunter Sewaan,

Pejabat Majlis Daerah Marang,

21600 Marang, Terengganu.

(u.p: Bahagian Pengurusan Harta)

 

4.      Tarikh iklan permohonan ini adalah pada 6 Januari 2025 dan tarikh tutup iklan pada 19 Januari 2025 jam 12.00 tengah hari. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

5.      Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Harta, Majlis Daerah Marang ditalian 09-6182366/09-6182368

 

kik

Pertandingan Inovasi Mala 3.0 Piala YB Menteri KPKT Tahun 2024-2025

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan KIK Defense Majlis Daerah Marang yang telah layak mara ke pusingan akhir bagi pertandingan Inovasi Mala 3.0 Piala YB Menteri KPKT Tahun 2024-2025 yang telah berlangsung pada 21 November 2024 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Bandaraya Bentong.
Defense dengan produk barunya iaitu KPASS PAY dengan membawa tajuk Pengurusan Tiket Akses Terminal Jeti Pelancongan Bandar Marang Yang Kurang Efisien antara salah satu PBT kategori Daerah yang layak mara daripada 67 PBT melibatkan semua kategori. Tahniah sekali lagi buat Defense dan Majlis Daerah Marang.
 kik

MARANG DISTRICT COUNCIL,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.

Sunday - Wenesday : 8.00am - 5:00pm

Thurday : 8.00 am-3.50 pm

Public Line : +609 618 2366 / +609 618 2368

Fax : +609 618 2490

Total Visitor :

0001271726
  • Latest Update : Wednesday 25 June 2025.

Disclaimer : Marang District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2025 Marang District Council.