Benteng yang dibina dengan konkrit dengan himpunan batu-batu besar ini mempunyai dua lingkaran benteng yang berbentuk melengkung. Lengkungan benteng pertama bermula dari kawasan Pulau Kekabu dan satu lagi dari Kampung Seberang Marang. Anda boleh berjalan di atas benteng ini samaada berjalan kaki, menaiki basikal atau menaiki motosikal.
Pemandangan dari atas benteng ini yang menampakkan Laut China Selatan serta Pulau Kapas nun di hujung sana pasti memberi anda satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Pada waktu petang benteng ini sentiasa tak lekang dengan kunjungan orang setempat untuk bersiar dan memancing.