Majlis Daerah Marang Raih Anugerah Bandar Paling Bahagia 2026

Majlis Daerah Marang Raih Anugerah Bandar Paling Bahagia 2026
 
bahagia 1
 
Tahniah buat seluruh warga Marang!
7/4/2026 (Selasa) – Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya Majlis Daerah Marang (MDM) telah menerima Anugerah Bandar Paling Bahagia Tahun 2026 sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang bertemakan Bijak Digital, Cipta Bahagia Bersama yang berlangsung di Dewan Kristal, KPKT.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Menteri KPKT, Tuan Nga Kor Ming dan seterusnya menyampaikan anugerah kepada semua penerima. Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, YBrs. Encik Khairil Anuar bin Sheikh Mahmood dan Tuan Setiausaha, YBrs. Encik Ahmad Nidzam bin Abd Karim telah mewakili MDM naik ke pentas untuk menerima anugerah tersebut.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) atas pengiktirafan yang telah diberikan kepada Majlis Daerah Marang (MDM) melalui penganugerahan Anugerah Bandar Bahagia 2026.
Pengiktirafan ini bukan sekadar satu anugerah, malah ia adalah bukti komitmen berterusan pihak kerajaan melalui KPKT dan PLANMalaysia dalam menggerakkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memacu pembangunan perbandaran yang inklusif, mampan, dan mensejahterakan rakyat.
Kami amat menghargai sokongan, bimbingan, dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak PLANMalaysia di bawah pimpinan Ketua Pengarah, YBhg. Datuk TPr Dr. Alias bin Rameli sepanjang proses penilaian dijalankan. Kejayaan ini pastinya menjadi suntikan semangat buat kami di peringkat daerah.
Semoga kerjasama erat antara pihak kami dan PLANMalaysia akan terus terjalin kukuh demi memastikan agenda pembangunan bandar yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Sekali lagi, terima kasih YBhg. Dato’ dan seluruh warga kerja PLANMalaysia.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh perkhidmatan, meningkatkan kesejahteraan komuniti serta mengekalkan kualiti hidup yang cemerlang demi manfaat seluruh warga.

MARANG DISTRICT COUNCIL,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman.

Sunday - Wenesday : 8.00am - 5:00pm

Thurday : 8.00 am-3.50 pm

Public Line : +609 618 2366 / +609 618 2368

Fax : +609 618 2490

Total Visitor :

0001307539
  • Latest Update : Wednesday 08 April 2026.

Disclaimer : Marang District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2026 Marang District Council.