4 JULAI 2024 (KHAMIS): Tuan Yang Dipertua MDM bersama beberapa orang Ketua Jabatan dan Bahagian MDM telah mengadakan sesi kunjungan ke Tapak Semaian MDM bagi melihat Projek Pertanian Bandar Madani yang merupakan usahasama dengan Pejabat Pertanian Daerah Marang. Projek ini merupakan satu usaha MDM ke arah melestarikan Komuniti Kebun Hijau di Daerah Marang.
Sebanyak 500 pokok kacang bendi telah ditanam di dalam polibeg melalui kaedah fertigasi dan hasil pertama telah pun dituai.
Turut hadir ke sesi kunjungan tersebut adalah 2 orang pegawai daripada Pejabat Pertanian Daerah Marang.