PENGENALAN MASJID SULTANAH NUR ZAHIRAH
Marang adalah sebuah daerah yang terletak di negeri Terengganu. Marang telah menjadi satu pusat perhentian bagi mereka yang ingin menyeberang ke Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Gemia dan lain-lain. Jika dahulu bangunannya terdiri daripada bangunan kayu, tapi sekarang ini Bandar Marang telah pun membangun dengan pesat. Lebih-lebih lagi pertumbuhan ekonomi dan pelancongan turut berkembang dari semasa ke semasa.
Ekoran daripada ini, pihak kerajaan di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah memutuskan untuk menaik taraf masjid bandar Marang. Hal ini kerana, masjid sedia ada tidak lagi mampu untuk menampung jumlah Jemaah yang ramai.
Oleh itu, pembinaan masjid telah pun dimulakan pada 22 Oktober 2003 dan siap sepenuhnya pada 19 April 2005. Hasil daripada pembinaan masjid yang baru, dapat menampung 1500-2000 ahli qariah dari beberapa perkampung sekitarnya serta para pengunjung dan musafir.