
Kursus Faedah dan Pengurusan Persaraan - Apa Bakal Pesara Perlu Tahu?
Kursus Faedah Persaraan anjuran pihak INTAN telah dilaksanakan secara dalam talian selama dua (2) hari pada 19 hingga 20 Mei 2026 dan disertai oleh bakal pesara bagi tahun 2027. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan serta kefahaman berkaitan urusan persaraan, faedah yang layak diterima serta persediaan sebelum menamatkan perkhidmatan.
Antara topik yang telah diterangkan sepanjang kursus ialah Faedah Persaraan dan Perubatan, Faedah Terbitan, Pengurusan Hutang-Hutang Kerajaan serta Pengurusan Dokumen Persaraan (KWAP). Penerangan yang diberikan membantu peserta memahami prosedur, syarat kelayakan dan tindakan yang perlu diambil bagi memastikan urusan persaraan berjalan dengan lancar dan teratur.

Majlis Ilmu Pagi: Bacaan Al-Quran dan Tazkirah Tahun 2026
Bacaan Al Quran oleh setiap jabatan/bahagian setiap hari khamis
Majlis Tazkirah bulanan dalam Program Itqan Insani: Pembudayaan 'Indahnya Hidup Bersyariat' dari Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-Mits)

25 - 27 September 2025
KURSUS TEAM BUILDING
Kursus Team Building diadakan bertujuan untuk mewujudkan semangat kerja berpasukan, membina keyakinan diri serta berfikiran positif untuk meningkatkan prestasi kerja.

16 Jun 2025
PROGRAM KESELAMATAN PERLINDUNGAN
Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai Dasar, Peraturan dan Sistem Kawalan Keselamatan dalam jabatan serta mengikut peraturan yang ditetapkan.

9 & 10 Feb 2025
KURSUS PENGURUSAN REKOD DAN FAIL


18 FEB 2024
PROGRAM "INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT 2024"


