Pengumuman / Annoucement
Majlis Daerah Marang (MDM) akan mengadakan satu sesi lelongan awam bagi melupuskan haiwan ternakan yang telah disita dan tidak dituntut mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, selaras dengan Perkara 6(3) Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau (Majlis Daerah Marang).
Maklumat lanjut berkaitan lelongan adalah seperti berikut:
-
Tarikh Lelongan: 14 Julai 2025 (Isnin)
-
Masa: 10.00 pagi
-
Tempat: Bengkel Kejuruteraan, Majlis Daerah Marang
Haiwan yang akan dilelong:
-
Jenis: Lembu
-
Jantina: Betina
-
Berat: 120 kg
-
Harga Rezab Disyorkan: RM 660.00
-
Tarikh Tangkapan: 18 Jun 2025
Orang awam yang berminat untuk menyertai lelongan ini dijemput hadir pada tarikh yang ditetapkan. Haiwan akan dilelong kepada penawar tertinggi, dan pembayaran penuh hendaklah diselesaikan sebelum haiwan diserahkan kepada pembida yang berjaya.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Bahagian Penguatkuasa Majlis Daerah Marang di talian 09-6182366/68.
Majlis Daerah Marang mengalu-alukan penyertaan orang ramai dalam sesi lelongan ini dan berharap ia dapat dilaksanakan dengan lancar dan telus.
“Terengganu Maju, Berkat Sejahtera”
“Malaysia Madani”
“Berkhidmat Untuk Negara”
Yang menjalankan amanah,
(Khairil Anuar bin Sheikh Mahmood)
Yang Dipertua
Majlis Daerah Marang
Majlis Daerah Marang dengan kerjasama beberapa agensi dan pihak berkepentingan akan menganjurkan Program Pengumpulan Bahan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pelupusan sisa elektronik secara lestari.
📅 Tarikh: 28 Jun 2025
🕘 Masa: 9:00 pagi – 1:00 tengah hari
📍 Lokasi: Taman Safiah Murni Batu 10, Padang Mengkuang, Bukit Payong, Marang
Program ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada penduduk setempat bagi membuang barangan elektrik dan elektronik terpakai seperti televisyen, komputer, telefon bimbit, peralatan dapur, dan lain-lain secara selamat dan mesra alam.
Langkah ini adalah selaras dengan usaha menjadikan Marang sebagai Bandar Mampan, Bandar Bahagia Berdayahuni, dan Bandar Rendah Karbon.
Orang ramai dijemput hadir dan mengambil bahagian dalam program ini sebagai sokongan terhadap kelestarian alam sekitar dan pengurusan sisa elektronik yang bertanggungjawab.
#MarangBandarMampan
#BandarBahagiaBerdayahuni
#BandarRendahKarbon
#EWasteRecycling
#MDMarang